LOGO FEDERAL

KENYATAAN SEBUTHARGA

KAWASAN PEMBANGUNAN PERTANIAN BERSEPADU (IADA) SAMARAHAN,

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

1.            Sebutharga ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera di Bahagian Samarahan / Kuching / Serian yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dalam gred kategori dan pengkhususan berkaitan (seperti di dalam sijil pendaftaran asal sahaja) serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 

BUTIR-BUTIR TAWARAN NO SEBUTHARGA TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIAMBIL SYARAT PENDAFTARAN TARAF TARIKH DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK TARIKH SEBUTHARGA DITUTUP DAN TEMPAT PETI SERAHAN DOKUMEN SEBUTHARGA

No. sebutharga

IADASam/BKJP/Q02/2021

Kerja-kerja menyelenggara dan menaiktaraf Perimeter Ban di kawasan SG. Tambey Laut, Beliong serta kerja-kerja berkaitan untuk IADA Samarahan, Sarawak.

Tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

16.03.2021 – 22.03.2021

Pada waktu pejabat.

Berdaftar dengan :-

i) BPKU – memiliki Sijil Taraf Bumiputera.

ii) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) – SPKKK & PPK

- Gred G1

- Kategori CE Pengkhususan CE36 & CE40


Bumiputera

Taklimat dan lawatan tapak

Pendaftaran di Pejabat IADA Samarahan.

Pada : 16.03.2021 / Selasa

Jam : 9.00pagi

Taklimat akan diberikan di pejabat IADA Samarahan.

23.03.2021 / Selasa

Pada atau sebelum jam 12.00 tenghari

Peti Surat Harga, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.

Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan.

2. Kontraktor digalakkan mematuhi SOP   yang ditetapkan semasa sesi taklimat dan lawatan tapak projek dan senantiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan sosial serta memakai penutup mulut dan hidung seperti yang disarankan oleh KKM dan MKN.

 

3. Kontraktor yang berminat dikehendaki hadir ke pejabat untuk mengambil dokumen pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

 

4. Hanya penama yang ditauliahkan seperti dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK, CIDB) sahaja yang boleh mendapatkan dokumen sebutharga. Kontraktor hendaklah membawa sijil-sijil pendaftaran ASAL yang dikeluarkan oleh Bahagian Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil ASAL Taraf Bumiputera.

 

 

5. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan di atasnya ditulis pada sebelah kanan No. Sebutharga dan Tajuk Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti diatas.

 

6. Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut bolehlah berhubung dengan Pegawai Jabatan, Puan Dayang Kok Mastura Binti Awang Ahmad dan Encik Sayed Pauzi Bin Wan Hassan di talian 082 – 671201.

 

7. Semua yang terlibat adalah tertakluk kepada peraturan dan arahan terkini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta pengumuman oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.

 

8. Petender yang ingin menyertai sebutharga ini DIWAJIBKAN mengisi Borang Pendaftaran Dan Penamatan Pembekal Sistem e VENDOR, Jabatan Akauntan Negara Malaysia secara dalam talian (https://evendor.anm.gov.my).

 

9. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana sebutharga yang paling rendah atau sebaliknya.

 

 

 

Ir. YOUL HYDELL BIN ABDUL RAHMAN

JURUTERA PROJEK

b/p PENGARAH IADA SAMARAHAN.

 

 

Tarikh : 9 Mac 2021