IMG 20201016 WA0101 1

DUBS Belaga – 16 Oktober 2020 – Seramai 120 orang peserta DUBS Cawangan Belaga dan ahli Dewanita Belaga telah menghadiri kursus Asas Solekan “ I’M Makeup Artist “ anjuran MINTRED yang dikendalikan oleh CHANTEQ BRIDAL.

Kursus ini telah memberi manafaat kepada ahli Dewanita Belaga dengan pendedahan asas solekan yang betul untuk mereka yang ingin berjaya dalam bidang solekan.

Kursus ini telah berlangsung selama satu hari yang diadakan di Dewan Masyarakat Belaga,

COURTSY CAL DATUK NORDEN 2

12 Oktober 2020 - DUBS . Susulan daripada perbincangan Ahli Majlis Eksekutif DUBS,  Dewanita DUBS  diketuai oleh Puan Hajah Juita Drap, Ketua Dewanita DUBS telah megadakan perjumpaan serta perrbincangan bersama YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Pembangunan Usahawan   dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, turut bersama pegawai kementerian.

IMG 20201004 WA0095

 

DUBS – 3 Oktober 2020, YBhg Datu Haji Abang Helmi Ikhwan Presiden DUBS telah melakukan lawatan ke  Uptown DUBS Samarahan bagi melihat perkembangan peniaga yang berniaga pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 11.30 malam. Lawatan beliau bagi melihat sendiri keadaan Peniaga ahli DUBS Samarahan yang sejak kebelakangan ini terjejas teruk akibat pendemik Covid 19. 

 

Turut hadir ialah Pengerusi DUBS Samarahan Ir Haji Ismawi Mohamad, Exco MED Pusat Haji Abang Josmani Abang Jemali dan En Khairulnizam Khalik Ketua Dewan Muda serta Exco DUBS Samarahan.

 

Datu Presiden mengesa peniaga  mengikut SOP Kementerian Kesihatan dan sentiasa menjaga kebersihan supaya pengunjung Uptown bertambah dan akan memberi manfaat kepada Peniaga.

 

Datu Presiden serta tetamu menjamu selera di kedai salah seorang ahli DUBS yang berdekatan dengan Uptown dan bertukar-tukar pandangan dengan Ahli Exco hampir

satu jam.

IMG 20201004 WA0088

IMG 20201005 WA0065

DUBS – 5 Oktober 2020, berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DUBS untuk kali ke . 3/2020. Mesyuarat telah diadakan di Ibu Pejabat DUBS.

 

Mesyuarat khusus membincang hal Pembangunan Tanah DUBS di Miri, Limbang dan juga Kuching. Turut sama Penasihat Jawatankuasa Teknikal, Datu Haji Abang Halmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS dan Pengerusi Jawatankuasa Ir. Haji Zawawi Haji Embong.

 

IMG 20201005 WA0086 2         IMG 20201005 WA0097

 

IMG 20201002 WA0135

DUBS – 3 Oktober 2020 , Dewanita Sarawak telah menganjurkan “ Women Leadership (WLP20) “ . Program ini telah diadakan di Parkcity Everly Hote, Bintulu.

Program ini berlangsung selama empat hari bermula 1 sehingga 4 Oktober 2020. Seramai 100 orang peserta usahawan wanita dari Dewanita Belaga dan Bintulu.

Program ini telah memberi pendedahan para Usahawan wanita untuk berkeyakinan tinggi apabila mereka menceburi perniagaan dan sebagai ketua syarikat.

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.