15 Mei 2015 - Kuching, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) telah menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Surabaya. Sumbangan telah diserahkan oleh Puan Roselyn Lah, Naib Persiden DUBS merangkap Pengerusi Biro Kebajikan DUBS, Puan Hajah Juita Haji Drap, Ketua Dewanita DUBS merangkap Ahli Majlis Eksekutif DUBS, Encik Khairil Azmi Haji Muhammad Hasbie dan turut sama mengiringi ke program penyerahan sumbangan tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Biro dan pihak Sekretariat.

Dengan penyerahan sumbangan tersebut, ianya dapat membantu meringankan bebanan mangsa kebakaran. Pada Isnin lepas, kejadian kebakaran telah berlaku di kampung Surabaya yang melibat 3 keluarga.

Sumbangan yang dihulurkan oleh pihak DUBS berupa wang tunai dan barangan elektrikal.

- See more at: http://www.dubs.my/v1/index.php/2014-08-20-12-21-56/berita-terkini/56-penyerahan-sumbangan-dari-dubs-untuk-mangsa-kebakaran#sthash.7fXPZqez.dpuf