YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUBS Kota Samarahan 2015. Turut bersama beliau ialah YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Encik Paza Haji Dan, Haji Ismawi Muhammad dan Ahli Jawatankuasa DUBS Kota Samarahan.


2 Ogos 2015 – Kota Samarahan. DUBS Cawangan Kota Samarahan telah mengadakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2015 DUBS Cawangan Kota Samarahan.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YB Datuk Haji Mohamad Naroden Haji Majais, Menteri Muda pejabat Ketua Menteri ( Unit Pembangunan Usahawan ), beliau menyeru agar ahli-ahli DUBS bijak menggunakan media sosial. Ini kerana dengan penggunaan media sosial boleh digunakan untuk penyebaran maklumat untuk kegunaan bisnes amat diperlukan oleh ahli DUBS. Malah ianya lebih cepat bagi memudahakan ahli.

Dengan penggunaan Media Sosial segala maklumat tender dari jabatan-jabatan kerajaan dapat disebarkan dan diketahui dengan lebih mudahan oleh para usahawan. Beliau mengucakan tahniah kepada DUBS kerana bijak menggunakan kemudahan media yang sedia ada untuk tujuan kemudahan ahli selain daripada itu penggunakan website DUBS juga boleh memudahan ahli mengetahui segala maklumat berita dan tender yang ada.  Ini kerana DUBS merupakan satu badan pertubuhan persatuan yang besar di Sarawak harus memberi maklumat yang penting terus dari ahli jawatankuasa kepada ahli-ahli DUBS dengan kemudahan  media dan Website DUBS.

Beliau menyeru agar jangan cepat terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau maklumat salah yang sengaja dibuat untuk mengelirukan pemikiran. Menurut beliau sebarang teknologi yang diwujudkan di pasaran bukan untuk merosakan tetapi diluluskan untuk perubahan, kemajuan dan pembangunan manusia.

Pada majlis tersebut beliau juga merasmikan Restoran SCR milik Ir Zamhuri Drahman ahli DUBS Cawangan Kota Samarahan.

Hadir sama ke majlis tersebut ialah YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Perumahan Sarawak merangkap ADUN N14 Asajaya. Encik Paza Dan, Pengarah FAMA, YBhg Datui Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS, Haji Ismawi MuhammadPengerusi DUBS Kota Samarahan, ahli – ahli MED dan warga DUBS Cawangan Kota Samarahan.

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.