IMG 20151111 WA0020 1

Kuala Lumpur – Untuk membantu para usahawan Bumiputera Lawas, DUBS Cawangan Lawas dan juga PBB Bukit Sari telah menghantar peserta bagi menyertai program SARAWAK FEST 2015 anjuran MARA Sarawak bertempat di  Medan Mara Kuala Lumpur.

Menurut Kr Awangku Jinal Abidin Pgn Haji Jawa, Pengerusi DUBS Cawangan Lawas yang juga Timbalan Ketua Parti PBB N71 Bukit Sari , usaha untuk memperkenalkan produk tempatan ke luar adalah selaras dengan hasrat YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan yang mahu usahawan tempatan memperluaskan nilai pasaran terhadap produk tempatan, terutamanya Tahai yang sangat popular di kalangan pengunjung di negeri ini.

Program ini berlangsung bermula dari 11  - 13 November 2015 merupakan  landasan terbaik untuk terus mempopularkan Lawas bukan hanya dari segi produk tapi juga Lawas itu sendiri sebagai tempat terbaik untuk di lawati.

Peserta yang terlibat adalah dari Kampung Awat-awat. Dalam pada itu para usahawan industri kecil dan sederhana di Lawas juga bersyukur atas pendedahan serta bantuan yang diberikan oleh MARA  Sarawak melalui Pejabat MARA Limbang yang telah banyak membantu bukan hanya mempromosikan produk tempatan tapi juga menyumbang kepada peningkatan produktiviti melalui bantuan peralatan.

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.