
5/12/2015- Dewanita DUBS Kota Samarahan kerjasama Sarawak Women Toast Master Club ( SWTC ) telah menganjurkan Motivasi Dewanita.
Majlis perasmian dilakukan oleh Puan Hajah Juita Haji Drap. Ketua Dewanita Negeri.
Pada program tersebut Puan Hajah Juita Haji Drap telah menyampaikan ceramah tetang Peranan & Objektif Dewanita dan ceramah mengenai " Menuju Kejayaan & Langkah-Langkah Untuk Kerjaya". dan turut menyampaikan ceramah adalah Datin Suzana Haji Syukran, Timbalan Ketua Dewanita Negeri.
Puan Aminah Tambi mengucap berbanyak terima kasih kepada semua ahli-ahli Dewanita DUBS Kota Samarahan kerana menyertai program dan begitu juga kepada Dewanita Negeri.