IMG 20160111 WA0054

9 Januari 2016, DUBS Cawangan Miri telah mengadakan majlis Malam Ramah Mesra Usahawan bersama YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Pedjabat Ketua Menteri ( Pembangunan Usahawan ) dan Menteri Muda Perancangan Sumber Manusia.
Program ini memberi pendekatan kepada usahawan-usahawan Belia Miri, ahli-ahli Dewanita Cawangan Miri dan ahli - ahli DUBS untuk diskusi bersama supaya jurang antara mereka lebih rapat di dalam konteks usahawan.
Pada majlis itu juga semua yang hadir dapat melebarkan jalinan perniagaan mereka dengan masing-masing memperkenalkan jenis perniagaan yang dijalankan.
Encik Abdul Samat Mohd Ali, Pengerusi DUBS Cawangan Miri , mengucapkan syabas kepada ahli Jawatankuasa dan ahli kerana dapat mengelolakan program seperti ini seterusnya menjayakan program.
Mewakili YB Datuk Menteri Muda ialah YB Rosey Yunus. Hadir sama ke majlis tersebut ialah Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Miri,Ketua serta Ahli Jawatankuasa Dewanita Miri dan ahli-ahli Dewan Muda Cawangan Miri.

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.