12801450 862713687172895 5547822593483534229 n

10 Mac 2016 -DUBS telah mengadakan sidang akhbar mengenai Kesan  Positif  untuk kontraktor – kontraktor Sarawak Usahawan dan pelbagai Bisnes hasil pembangunan Projek Lebuharaya Pan Borneo. 

Berikut adalah kenyataan dari DUBS mengenai Projek Pan Borneo.

KESAN POSITIF UNTUK KONTRAKTOR – KONTRAKTOR SARAWAK, USAHAWAN DAN PELBAGAI BISNIS HASIL PEMBANGUNAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO

 

Para Kontraktor, usahawan dan bisnes tempatan dari Sarawak akan mendapat faedah secara langsung atau tidak langsung dari pada projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Ini termasuk seluruh rantaian perniagaan yang berkaitan dengan pembinaan jalanraya seperti Konsultan, pembekal jentera dan alat ganti, pembekal bahan-bahan binaan, vendor malah sektor pengangkutan juga.

Kini dengan  keadaan ekonomi yang  perlahan,  bilamana kerja - kerja pembinaan semakin lembab, kita di Sarawak amat bersyukur kerana Kerajaan amat perihatin dan komited dengan usaha meningkatkan  kemudahan infrastruktur dengan membina Projek Lebuhraya Pan Borneo ini.

Projek ini merupakan  sebuah projek pembinaan yang terbesar pernah dilaksanakan di Sarawak sejak merdeka, kita bernasib baik ia dilaksana ketika ini untuk mengerakkan ekonomi dan mengagihkan bermacam faedah untuk rakyat, lebih - lebih lagi kepada perniagaan Bumiputera.

Penyertaan secara langsung dalam projek mega ini akan memberi pendedahan kepada kontraktor kita dalam  pembinaan lebuhraya yang bertaraf international. Setelah meraih pengalaman nanti, para kontraktor dari Sarawak akan  berpeluang mengorak langkah di luar Sarawak untuk mengendali projek-projek besar diperingkat antara-bangsa.

Pakej Kontrak Kategori 1

Untuk para kontraktor Bumiputera, kita telah dimaklumkan  bahawa 10 daripada 17  Pakej Kerja Kontrak  Kategori 1(teratas)  yang telah di Pre-Q  adalah terdiri daripada Syarikat Kontraktor Bumiputera. Ini bererti syarikat Bumiputera mempunyai lebih daripada 50% peluang untuk mendapat kontrak kontrak ini.

Selain itu, kontraktor Bumiputera juga berpeluang merebut 30%  kerja daripada Kontraktor-kontraktor  besar Kategori 1.

Pakej  Khas untuk Bumiputera

Bagi Kontraktor Bumiputera, terutama kontraktor – kontraktor DUBS kita telah merekomen tujuh Konsortium dan beberapa lagi kontraktor secara individu untuk menyertai pembinaan projek Lebuhraya ini. Alhamdulillah, kita telah dimaklumkan ramai daripada kontraktor dari kalangan  ahli DUBS akan diagihkan kontrak dan setakat ini ada dua Konsortium kita yang  akan menerima surat perlantikan dalam masa yang terdekat ini.

Bagi kontraktor kita, syabas kerana berhadapan dengan peluang ini. Siapkan diri kita supaya dapat melaksanakan projek dengan jayanya. DUBS sebagai badan yang memperjuangkan perusahaan Bumiputera akan terus  memantau prestasi kontraktor - kontraktor kita. Kini kita telahpun  mulai siri kursus untuk memantapkan pengurusan syarikat - syarikat  dalam sektor binaan dan lain-lain dengan dana yang telah diterima daripada Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd dan juga daripada pihak TERAJU. Kepada institusi - institusi ini , kami ucapkan ribuan terima kasih.

Bersyukur diatas Komitmen Kerajaan yang Berterusan

Kewujudan Lebuhraya akan memberi impak yang  besar kepada ekonomi negeri Sarawak, terutama taraf hidup rakyat. Ia membolehkan sistem pengangkutan barangan dan penduduk yang lebih efisien setaraf dengan yang ada di Semenanjung dan  di negara - negara maju di dunia ini.

Kerajaan kini terbukti prihatin dalam memberi fokus kepada pembangunan Lebuhraya  ini setelah Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd ditubuhkan. Kita faham ini bukanlah mudah dilaksanakan kerana memerlukan perbelanjaan yang amat besar. Bagaimanapun kita yakin kerajaan mampu menyiapkan projek ini dalam masa enam tahun yang akan datang dan segala perancangan dan dana telah disediakan untuknya.

Kami penduduk Sarawak amat menghargai komitmen Kerajaan untuk membina projek ini. Jutaan terima kasih Kerajaan.

DATU HAJI ABANG HELMI BIN TAN SRI IKHWAN

Presiden

 

 

 

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.