240

10 November 2016 - Sarikei, DUBS Cawangan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Ir Haji Zawawi Haji Embong, Timbalan Pengerusi DUBS.

Pada majlis tersebut, Haji Zawawi menyeru agar usahawan-usahawan Bumiputera Sarikei terus bernaung dibawah DUBS, ini kerana DUBS merupakan satu badan pertubuhan yang berperanan untuk membantu para usahawan Bumiputera . DUBS juga mendapat pengiktirafan dari badan-badan kerajaan samada Negeri atau persekutuan dan DUBS banyak menjalin kerjasama dengan badan kerajaan dan swasta untuk membantu ahli dari segi networking untuk ahli DUBS.