DUBS BERDIRI TEGUH DI BELAKANG KETUA MENTERI SARAWAK

Majlis Tertinggi dan 15 Cawangan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di seluruh Sarawak memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, YAB Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam kenyataannya mengenai pendiriannya menjaga kepentingan negeri Sarawak.

Kami menyokong penuh pendirian PBB supaya BN Sarawak tidak menyertai Pakatan Harapan tetapi Kerajaan Persekutuan.

Datu Haji Abang Helmi Ikhwan, Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) yang mewakili ahli DUBS berharap agar hak-hak Sarawak seperti yang termatub dalam perjanjian MA63, perlembagaan perrsekutuan dan hak-hak lain akan dapat dikembalikan dan diberikan dengan baik kepada rakyat Sarawak. Amanah dan harapan besar rakyat Sarawak memberikan mandat kepada kepimpinan beliau haruslah terus disokong dan diberikan keutamaan.

Kami juga yakin 19 ahli parlimen Sarawak yang dipilih akan dapat membawa kehendak rakyat Sarawak dan menjadi suara efektif dalam parlimen. Barisan ini diyakini akan dapat menyemak dan mengimbangi usaha – usaha dalam membawa kepentingan Sarawak.

Warga DUBS juga yakin beliau akan dapat memenuhi obligasi dan juga dalam manifesto negeri yang dibuat pada 2016. Kami yakin parti Pesaka Bumiputera dan parti komponen Sarawak akan dapat menjadi suara berkesan tanpa gentar dalam membawa isu-isu serta pembangunan bagi rakyat Sarawak.

Kelebihan dan kekayaan hasil Sarawak akan digunakan sebaiknya dalam membina Sarawak yang lebih hebat terutamanya pendalaman Sarawak. Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo diharap akan dapat dipercepatkan bagi meningkatkan jaringan jalan yang lebih baik.

Datu Abang Helmi Ikhwan juga mengucapkan tahniah kepada Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ketujuh dan yakin Malaysia akan lebih bertambah makmur dan disegani. Rakyat Malaysia menantikan peruubahan baru yang lebih baik dan mesra Usahawan Bumiputera Sarawak.

DUBS berharap kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir akan dapat memperluaskan lagi ppeluang-peluang untuk Usahawan – Usahawan Bumiputera berniaga seperti dalam pengagihan kontbrak kerja dan perkhodmatan dan dalam melaksanakan dana “capacity building” yang sedia ada.

DATU HAJI ABANG HELMI BIN IKHWAN

Presiden

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS)

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.