REDO AGM DUBS 2020 19 JAN 2020 SESI 2020 2024 1

19 Januari 2020 - Dewan Usahawan Bumi[utera Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Perwakilan Tahunan ( MPPT ) Ke 22 . Pada perhimpunan tersebut seramai 140 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir dari 14 cawangan – cawangan DUBS.

Pada sesi pembentangan, semua perwakilan dari cawangan DUBS telah menyampaikan perbahasan dan usul daripada cawangan masing-masing

Sesi pemilhan untuk memilih Ahli Majlis Eksekutif DUBS bagi Sesi 2020 – 2024, YBhg Datu Haji Abang Halmi Tan Sri Ikhwan telah megekalkan jawatan yang beliau sandang dengan 11 Cawangan DUBS telah mencalonkan beliau untuk terus menerajui DUBS sebagai Presiden DUBS penggal 2020 – 2024.

Untuk jawatan Timbalan Presiden, Ir Haji Zawawi Haji Embong turut mengekalkan jawatan beliau setelah menerima 11 pencalonan dari DUBS Cawangan.

Turut mengekalkan ialah YBhg Datuk Haji Abdul Kadier Sahib, Roselyn Lah dan Gabriel Kajeh Menggu sebagai Naib Presiden DUBS sesi 2020 – 2024 setelah masing – masing menerima dari DUBS Cawangan.

Untuk Jawatan Ahli Majlis Eksekutif Dewan, sebanyak Sembilan (9) orang calon telah dicalonkan, antaranya ialah 1. Hajah Juita Haji Drap, 2. Zainal Abidin Zainudin, 3. Mohamad Halmie Harun, 4. Haji Khairudin Ibrahim, 5. Ir Dato Haji Abang Jemat Abang Bujang, 6. Suderman Narayan, 7. Haji Halim Mohamad, 8. Abang Joshmani Abang Jemali dan 9. Mohamad Azman Salleh.

Namun demi perpaduan didalam pengukuhan DUBS, Mohamad Azman Salleh telah menarik diri dengan rela hati untuk memberi perluang kepada rakan – rakan yang hendak berkhidmat bersama DUBS, dengan keputusan tersebut 1. Hajah Juita Haji Drap, 2. Zainal Abidin Zainudin, 3. Mohamad Halmie Harun, 4. Haji Khairudin Ibrahim, 5. Ir Dato Haji Abang Jemat Abang Bujang, 6. Suderman Narayan, 7. Haji Halim Mohamad, 8. Abang Joshmani Abang Jemali telah menang tanpa bertanding.

Terima kasih juga kepada Perwakilan dan Pemerhati yang telah hadir dari seluruh Cawangan DUBS yang berkampung selama 3 hari di Kuching.