MIRI DIGITAL 7 baru

02 Februari 2020 – DUBS Cawangan Miri telah menganjurkan DIGITAL ENTREPRENEUR & ESPORT pada 31 Januari 2020 sehingga 2 Februari 2020, bertempat Medan Niaga SEDC.Program Digital Entrepreneurs & E-Sports anjuran DUBS Miri dengan kerjasama Persatuan Belia Miri.

Majlis perasmian dilakukan oleh YB Hajah Rosey Haji Yunus, Menteri  Muda di Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak. dan YB Sebastian Ting, Menteri Muda di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak telah thadir untuk merasmikan E - sport. 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan yang membawa perkongsian pengalaman oleh Founder Tusan dan Siti Payung. Antara acara lain ialah Pertandingan E-Sports seperti PUBG, Beyblade yang menawarkan hadiah cukup lumayan. Promosi membeli produk IKS terutamanya dari Miri.Sesi Town Hall bersama YB Lukanisman, Ahli Parlimen Sibuti turut diadakan bagi  memberi peluang para belia untuk berjaya dalam perniagaan. 

 

Program ini anjuran DUBS Cawangan Miri dengan kerjasama Persatuan Belia Miri,  ini julung kali diadakan bagi menyediakan platform networking untuk usahawan ,dan ini menarik minat belia dalam perniagaan digital dan permainan e-sukan.

 

YB Rosey Yunus juga telah meluangkan banyak masa meninjau kawasan Medan Niaga SEDC dan memberi pelbagai input penambah baikkan kepada Penguasa SEDC Bahagian Miri, Encik Nordin dari SEDC memberi tahu masih terdapat  ruang kosongan jika usahawan Miri mahu menyewa dan boleh maklumkan kepada pihak SEDC  dan pihak SEDC telah bersetuju melanjutkan tempoh sewa tanpa bayaran selama 6 bulan.

 

Dalam sesi diskusi bersama YB Rosey dan Encik Nordin dimana pengerusi PBM Encik Matassan Rohani sebagai moderator banyak perkara telah disentuh antaranya Bantuan Geran JWKS sebanyak RM5000 untuk usahawan wanita baru dalam bentuk Peralatan. Encik Nordin telah menasihati usahawan untuk mendapatkan Bantuan Geran PUTRA dan kriterianya jika ada yang berminat untuk memohon.

 

YB Rosey Yunus   telah menyampaikan grant dana untuk kegunaan DUBS Miri menjalankan aktiviti dan membantu para penyewa dalam menyediakan pamphlet untuk diedarkan kepada orang ramai.

 

Bagi pihak DUBS Miri sangat berbesar hati dengan kerjasama strategik dan penajaan  seperti PBM, Doho & Sons, #sitipayung, #miricheapprinting dan pihak SEDC yang memberikan tempat untuk digunakan.

 

MIRI DIGITAL 9 new 3   miri digital new 2

   
   

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.