DUBS - 10 Mac 2020, Wakil usahawan dari Tanjong Manis telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat DUBS bersama Setiausaha Eksekutif DUBS, Encik Sarbini Haji Abang. Perjumpaan tersebut yang diketuai oleh Kaunselor Ibnee Bin Ekni dan turut serta bersama beliau ialah Encik Kalal Bin Klen dan Encik Abdullah Bin Tinggal.
Tujuan perjumpaan adalah untuk mendapat maklum balas serta penerangan tentang cadangan usahawan dan peniaga bumiputera di Tanjong Manis yang berkehendakkan Tanjong Manis ditubuhkan sebuah Cawangan DUBS. Keperluan penubuhan ini disebabkan terdapat peniaga dan usahawan di Tanjong Manis yang amat memerlukan satu badan pertubuhan yang boleh bersuara bagi menyuarakan keperluan mereka di Tanjong Manis dan dalam pada itu mereka tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan dan maklumat perniagaan melalui jaringan DUBS.
Oleh itu Cr Ibnee Bin Ekni bagi pihak usahawan dan peniaga bumiputera di Tanjing Manis mohon kepada Ibu Pejabat DUBS agar ditubuhkan DUBS Tanjong Manis. Susulan dari cadangan tersebut Encik Sarbini Haji Abang, Setiausaha Eksekutif akan membawa perkara berkenaan kepada Ahli Majlis Eksekutif DUBS untuk dibincangkan.