KUNJUNGAN HORMAT TANJONG MANIS 1

DUBS - 10 Mac 2020, Wakil usahawan dari Tanjong Manis telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat DUBS  bersama Setiausaha Eksekutif DUBS, Encik Sarbini Haji Abang. Perjumpaan tersebut yang diketuai oleh Kaunselor Ibnee Bin Ekni dan  turut serta bersama beliau ialah  Encik Kalal Bin Klen dan Encik Abdullah Bin Tinggal.

Tujuan perjumpaan adalah untuk mendapat maklum balas serta penerangan tentang cadangan  usahawan dan peniaga bumiputera di Tanjong Manis yang berkehendakkan Tanjong Manis  ditubuhkan sebuah Cawangan DUBS. Keperluan penubuhan ini disebabkan terdapat peniaga dan  usahawan di Tanjong Manis yang amat memerlukan satu badan pertubuhan yang boleh bersuara bagi menyuarakan keperluan mereka di Tanjong Manis dan dalam pada itu mereka tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan dan maklumat perniagaan melalui jaringan DUBS. 

Oleh itu Cr Ibnee Bin Ekni bagi pihak  usahawan dan peniaga bumiputera di Tanjing Manis mohon kepada Ibu Pejabat DUBS agar ditubuhkan DUBS Tanjong Manis. Susulan dari cadangan tersebut Encik Sarbini Haji Abang, Setiausaha Eksekutif akan membawa perkara berkenaan kepada Ahli Majlis Eksekutif DUBS untuk dibincangkan.