Kami ingin memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperuntukkan kemudahan pembiayaan di bawah Tabung BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bertujuan untuk menyediakan sokongan kepada PKS dalam meneruskan operasi perniagaan, mengekalkan pekerjaan dan dan menggalakkan pelaburan dalam negeri. PKS yang berminat boleh memohon kemudahan pembiayaan yang sedia ada seperti berikut:

1. Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (All Economic Sectors, AES) untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi PKS dalam semua sektor ekonomi untuk menyokong pertumbuhan

2. Kemudahan Agro makanan (Agrofood Facility, AF) untuk meningkatkan pengeluaran agro makanan negara dan untuk eksport.

3. Kemudahan Automasi dan Digital PKS (Automation and Digitalisation Facility, ADF) untuk menggalakkan PKS mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

4. Kemudahan Perusahaan Mikro (Micro Enterprises Facility, MEF) untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan tanpa  cagaran untuk perusahaan mikro.

Infografik Tabung BNM untuk PKS:https://www.bnm.gov.my/covid19/bnmfunds_bm.php

Bagi Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) untuk membantu meringankan beban aliran tunai jangka pendek PKS yang terjejas oleh wabak COVID-19, Kemudahan ini telah ditutup untuk permohonan baharu. 

Selain itu, PKS masih boleh memohon pelbagai bantuan pembiayaan menerusi:

Dana institusi perbankan, Tabung BNM untuk PKS, Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC),Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP); Agensi Kerajaan dan Institusi Kewangan Pembangunan dan pembiayaan alternatif

Sila klik infografik untuk pelbagai bantuan pembiayaan khusus untuk PKS https://www.bnm.gov.my/index.php?rp=srf_bm_02

Untuk maklumat lanjut mengenai  pembiayaan perniagaan dan bantuan untuk PKS sila layari www.smeinfo.com.my

PKS yang berminat juga boleh memohon terus daripada institusi kewangan peserta yang terdiri daripada Bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.

PKS juga boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi platform rujukan pembiayaan perniagaan di imsme.com.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk maklumat lanjut melalui BNM TELELINK: 1-300-88-5465, BNM eLINK : https://telelink.bnm.gov.my

>