IMG 20201004 WA0095

 

DUBS – 3 Oktober 2020, YBhg Datu Haji Abang Helmi Ikhwan Presiden DUBS telah melakukan lawatan ke  Uptown DUBS Samarahan bagi melihat perkembangan peniaga yang berniaga pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 3.00 petang hingga 11.30 malam. Lawatan beliau bagi melihat sendiri keadaan Peniaga ahli DUBS Samarahan yang sejak kebelakangan ini terjejas teruk akibat pendemik Covid 19. 

 

Turut hadir ialah Pengerusi DUBS Samarahan Ir Haji Ismawi Mohamad, Exco MED Pusat Haji Abang Josmani Abang Jemali dan En Khairulnizam Khalik Ketua Dewan Muda serta Exco DUBS Samarahan.

 

Datu Presiden mengesa peniaga  mengikut SOP Kementerian Kesihatan dan sentiasa menjaga kebersihan supaya pengunjung Uptown bertambah dan akan memberi manfaat kepada Peniaga.

 

Datu Presiden serta tetamu menjamu selera di kedai salah seorang ahli DUBS yang berdekatan dengan Uptown dan bertukar-tukar pandangan dengan Ahli Exco hampir

satu jam.

IMG 20201004 WA0088


ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.