IMG 20201215 WA0117

15 Disember 2020 – DUBS Cawangan Kuching telah mengadakan rangka kolaborasi bersama TEKUN. Kolaborasi ini adalah sebagai satu usaha DUBS Kuching dalam memajukan dan membangun usahawan Bumiputera yang terlibat dalam pelbagai sektor keusahawanan dan perniagaan mikro sejajar dengan penubuhannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan DUBS.

Untuk mendokong komitmen tersebut, DUBS Cawangan Kuching berkeyakinan adalah mustahak untuk menjalinkan kolaborasi strategik dengan sebuah agensi kerajaan yang mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab khusus dalam membanggun, merangsang dan memperkasa sektor keusahawanan iaitu TEKUN.

Kerjasama antara kedua-dua pihak akan berkerjasama dalam mempromosikan program, skim insentif, pembiayaan dan pinjaman pernaigaan yang ditawarkan oleh TEKUN kepada usahawan kecil yang berminat menceburi sektor keusahawanan dan perniagaan.

Kolaborasi ini akan meletakkan kedua-dua pihak pada posisi yang strategik untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang mampu bersaing, meningkatkan, kecekapan dan kompetensi.

Dengan kerjasama ini, DUBS dan TEKUN akan mengadakan kursus, latihan dan bimbingan secara berskala kepada ahli-ahli DUBS Cawangan Kuching.

Untuk jalinan kerjasama tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menjalinkan perjanjian kerjasama antara DUBS Cawangan Kuching dan TEKUN. Bagi pihak DUBS Cawangan Kuching ditandatangani oleh Encik Drahman Bin Jaladin, Pengerusi DUBS Cawangan Kuching, untuk pihak TEKUN ditandatangani oleh Haji Khushiri Bin Salleh, Pengurus TEKUN Negeri Sarawak.


ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.