WhatsApp Image 2024 05 13 at 09.59.56

KUCHING: Sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) untuk dana perniagaan sebagai usaha memperkasakan bidang tersebut.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia boleh digunakan untuk menyediakan latihan kepada semua ahli pertubuhan dan rakan perniagaan Sarawak.

“DUBS memang sudah mempunyai dana perniagaan RM10 juta yang saya agihkan, malam ini (4 Mei) saya terus agihkan RM10 juta lagi untuk tujuan sama.

“Apa yang penting dalam usaha ini adalah rakyat kita perlu sentiasa menjaga perpaduan dengan baik,” katanya pada Majlis Sekalung Budi dan Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching.

Sementara itu, Presiden DUBS Datuk Abang Helmi Ikhwan memaklumkan DUBS adalah sebuah pertubuhan gabungan peniaga dan profesional Bumiputera yang paling besar di Sarawak.


ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.