WhatsApp Image 2024 05 25 at 15.29.34

25 Mei 2024 - Kapit

Hari ini, telah berlangsung Majlis Perasmian Penyerahan Jentera untuk Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kapit yg telah diadakan di Tapak Kawasan Perindustrian Beleteh, Kapit.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, merangkap Ahli Parlimen P215 Kapit.

Dalam ucapan perasmian YB Dato Sri Menteri menyeru agar Ahli-ahli Usahawan Bumiputera, khususnya di Kapit supaya lebih fokus dan menstrategikan matlamat perniagaan masing-masing dan saling bantu membantu dlm soal memajukan bisnes masing2.

Beliau juga yg merupakan salah seorang daripada Pengasas DUBS semenjak 38 tahun yg lalu (1986) amat gembira melihat perkembangan DUBS dan hari ini merupakan sejarah bagi Cawangan Kapit yg turut menerima 2 buah Jentera Berat ( Excavator & JCB ) bagi dimanfaatkan ahli di Cawangan Kapit dan sekali Gus membantu Cawangan menambahkan dana utk operasi Cawangan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS, Encik Gabriel Kajeh Menggu, Naib Presiden DUBS , Cik Jezamine Dior, Setiausaha Agung dan En Khairulnizam Khalid, Ketua Dewan Muda Dubs Pusat.

Majlis diakhiri dgn Jamuan Makan Tenghari di Restaurant Rahmat.

Tahniah kepada DUBS Cawangan Kapit.


ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.