Semalam 27 Jun 2024, telah berlangsung Program Transformasi Minda i-Sukses Keusahawanan DUBS 2024 Anjuran Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Sumber Manusia DUBS Negeri dengan kerjasama Dubs Cwg Lawas di Dewan Sari Seri Malaysia Hotel, Lawas yg dihadiri 100 orang Usahawan Bumiputera terdiri daripada Ahli dan bakal Ahli DUBS Cwg Lawas.
Pengisian Seminar amat menarik dan rata2 peserta tidak berganjak dari pagi hinggalah ke sesi petang yg disampaikan oleh Encik Zainal Abidin Zainuddin selaku Penceramah Motivasi pd program ini
Acara Penangguhan dan Penyampaian Sijil Peserta telah disempurnakan oleh Cik Jezamine Dior, Setiausaha Agung DUBS.
Dalam ucapan penangguhan Sec Gen menyeru agar Ahli-ahli Usahawan Bumiputera, khususnya di Lawas supaya lebih fokus dan menstrategikan matlamat perniagaan masing-masing dan saling bantu membantu dlm soal memajukan bisnes mereka dan konsisten dlm mentadbirurus perniagaan serta mengamal integeriti yg tinggi
Turut hadir bersama sehari suntuk dalam program tersebut ialah Encik Semie Hj Nasip, Pengerusi Dubs Cawangan Lawas
Setinggi Tahniah dan terima kasih kepada Encik Semie Hj Nasip serta Ajk beliau atas kerjasama dan komitmen yg diberikan dlm menjayakan program hari ini.