03 Oktober 2024 - Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak(DUBS) dengan Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB) telah berlangsung pada 03 Oktober 2024 bertempat di Pavo Point, Kinaggeh, Bandar Seri Begawan. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Halmi Bin Ikhwan, Presiden DUBS bersama YBrs. Dr. Haji Abdul Latif Bin Haji Awang Chuchu, bagi pihak PPPMB serta disaksikan oleh Y.A.B. Datuk Patinggi Abang Zohari, Premier Sarawak dan Timbalan Premier Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.
MoU ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelancongan.