IMG 20211025 WA0168

25 Oktober 2021 - Mesyuarat penganjuran “ CHIEF MINISTER’S INDUSTRY EXCELLENCE AWARD ” (CMIEA) 2021 telah diadakan di MPC Sarawak.

Puan Hajah Juita Haji Drap, Ahli Majlis Eksekutif DUBS dan Sarbini Haji Abang, Setiausaha Eksekutif DUBS  mewakili Datu Presiden DUBS dan DUBS Sarawak ke mesyuarat tersebut.

Hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Datuk Abang Haji Openg (Presidentof Sarawak Business Federation) selaku Pengerusi Pengelola,  YBhg. Datu Dr Sabariah Putit (Deputy State Secretary), YBhg. Datu Hj Abg Mohd Shibli Hj Abg Mohd Nailie (General Manager of Tabung Baitulmal Sarawak), YBhg. Dato Leonard Martin Uning (President of DCCI), YBhg. Prof Dato Dr Jamil Hj Hamali (Rector of UiTM Sarawak), YBhg. Dato Tan Jit Kee (President of ACCCIS), YBrs. Dr Zaidi Razak (General Manager of SMA), YBrs. Tn Hj Jefri Ahmad Tambi (Managing Director of Senari Synergy Sdn Bhd), YBrs. Hjh Nor Hafizah Mohd Arop (Director of MPC Sarawak,  En Semawi Zakaria (MPC Sarawak) dan En Rafiq Latif (Tabung Baitulmal Sarawak)

IMG 20211021 WA0075

Cabang Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Dewan Muda hari ini telah mengadakan kunjungan mesra kepada Center Commercial di Curve Digital.

Kunjungan ini diketuai oleh saudara Nizam Khalyd, Ketua Dewan Muda DUBS, Hjh Juita Drap Dewanita DUBS dan beberapa ahli DUBS dan disambut oleh General Manager, En Shahren Yusri.

Kunjungan ini adalah untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Centex Commercial untuk memahami fungsi dan peranan yang boleh diberikan oleh Centex untuk memajukan usahawan Sarawak.

Centex Commercial juga merupakan agensi yang membantu usahawan untuk memasarkan produk tempatan di platform Shopee melalui Sarawak Digital Mall.

Centex juga mempunyai kepakaran untuk membantu membangunkan kapasiti dalam bidang fashion tempatan seperti tenunan dan keringkam selain bidang teknikal dan digital.

DUBS juga berharap lawatan ini akan dapat dilanjutkan pada masa akan datang dan lebih banyak kerjasama dapat dijalankan diantara CENTEX & DUBS.

KUCHING: Peralihan Sarawak ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) merupakan berita baik dan kelegaan yang telah sekian lama dinantikan oleh usahawan-usahawan Bumiputera khasnya.

Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Datu Abang Helmi Ikhwan berkata peniagaan usahawan Bumiputera telah melalui tempoh sukar semasa pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun ini.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu (PKP), perniagaan ahlinya berjalan perlahan dengan ketara sekali malah ada yang tidak dibenarkan beroperasi untuk kebaikan atau di ambang kehancuran.

Justeru ujarnya, kini DUBS perlu melakukan kaji selidik komprehensif bagi mengetahui sejauh mana perniagaan Bumiputera terjejas ekoran pelaksanaan PKP bagi membendung COVID-19 di seluruh negara.

"Kami mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) itu, Sarawak akan beralih ke Fasa 3 PPN.

"Kita berasa lega dan gembira kerana di bawah Fasa 3 ini, semua aktiviti perniagaan kecuali yang disenaraikan di bawah aktiviti negatif kini dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja sehingga 100 peratus bagi yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

"Selain itu, restoran dan kedai makan dibenarkan menawarkan perkhidmatan 'dine-in', tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kejayaan Sarawak beralih ke Fasa 3 PPN berkuat kuasa pada 4 Ogos 2021.

Helmi berkata dengan persekitaran baharu bermula esok, DUBS mahu merayu kepada kerajaan memastikan SOP-SOP berkaitan akan dipermudahkan agar ia mudah dipatuhi sekali gus mempercepatkan pembukaan semua sektor perniagaan.

"Kita (Sarawak) sudah pun mencapai tahap vaksinasi yang tinggi, justeru fokus sekarang harus kepada pemulihan perniagaan dan ekonomi dengan memansuhkan sebahagian besar SOP-SOP 'luar biasa' ketat.

"DUBS juga mahu mengingatkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri memberi geran kewangan langsung yang sesuai untuk perniagaan kecil dan miko Bumiputera bagi membolehkan mereka membuka semula perniagaan atau pulih dengan cepat dan kembali ke tahap sama seperti sebelum PKP," ujarnya.

Selain itu, beliau berharap semua jabatan dan agensi kerajaan kembali beroperasi sepenuhnya bagi membolehkan kontrak-kontrak kerajaan serta perkhidmatan kepada kontraktor Bumiputera dapat dipercepatkan.

"Kita mendapatkan rata-rata jabatan dan agensi kerajaan bergerak 'seperti siput' semasa pelaksanaan PKP kerana ada yang perlu bekerja dari rumah dan kapasiti pejabat hanya 50 peratus," tambahnya.

Pada Isnin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam hantaran Facebooknya memaklumkan Sarawak antara tiga negeri yang akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 4 Ogos 2021,

Beliau berkata keputusan itu diambil semasa Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya di Putrajaya pada hari sama.

Sarawak beralih ke Fasa 2 PPN pada 14 Julai lalu selepas MKN dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN.

IMG 20210811 WA0053

DUBS - Presiden DUBS, Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan telah menerima kunjungan hormat Pengarah MPC Sarawak, Puan Hajah Nirhafizah Mohd Arop. 

Kunjungan telah diadakan di Pejabat DUBS. Pada kunjungan tersebut Puan Hajah Nurhafizah Mohd Arop telah menerangkan peranan MPC, beliau berharap DUBS selaku dewan perniagaan yang terbesar di Sarawak dapat berkerjasama bersama MPC. 

Turut bersama pada kunjungan tersebut ialah Encik Semawi Zakaria, Pengurus MPC Sarawak dan daripada pihak DUBS ialah Kr Iskandar Sharkawi, Penolong Setiausaha Agung DUBS dan Setiausaha Eksekutif DUBS Sdra Sarbini Haji Abang. 

FB IMG 1617618852701

KUCHING, Isnin -  Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) hari ini menerima dana RM20 juta daripada kerajaan negeri.

Penyampaian dana telah disampaikan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg kepada Presiden DUBS Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, pagi tadi.

 

DUBS telah ditubuhkan pada Januari 1986 dengan objektif menyatu padukan peniaga dan pengusaha Bumiputera untuk kepentingan dan faedah Ekonomi Bumiputera Sarawak.  

 

Penyerahan dana tersebut adalah bertujuan bagi kegunaan projek pembangunan baru tanah di Jalan Ong Tiang Swee, Kuching. 

Terdahulu YAB Ketua Menteri telah mendengar Taklimat Dewan Usahawan Bumiputera yang disampaikan oleh Datu Haji Abang Helmi. Turut hadir, Timbalan Presiden Zawawi Embong,  Encik Gabriel Kajeh Menggu, Naib Presiden DUBS, .Kr Iskandar Sharkawi, Penolong Setiausaha Agung DUBS dan Haji Osaha Suhaili, Bendahari Agung DUBS. 

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.