DEWANITA PUSAT ANJUR PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH KE KAMPUNG BELIMBING, PADAWAN
9 Nov 2024– Dewanita DUBS Pusat telah menganjurkan Program Lawatan Muhibbah ke Kampung Belimbing,bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pihak penganjur dan masyarakat setempat, serta memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Dalam program ini, sumbangan berupa wang tunai dan pakaian terpakai telah diserahkan oleh Ketua Dewanita DUBS Pusat, Puan Hajah Juita Drap dan rombongan kepada Tuan Mahathir Ahmad Zaidi, Pengerusi Masjid Darul Islam Kampung Belimbing, Padawan, bersama Puan Kamariah Bt Jamel. Sumbangan ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada penduduk kampung dan membantu mereka dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Selain daripada sumbangan, program ini juga menyaksikan aktiviti demonstrasi membuat keringkam dan pembuatan kuih jala yang dikendalikan oleh usahawan wanita Kampung Belimbing. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk belajar kemahiran baru, tetapi juga mempromosikan produk tempatan yang dihasilkan oleh usahawan wanita di kampung tersebut.
Melalui program seperti ini, hubungan antara
penganjur dan masyarakat setempat dapat diperkukuhkan, sambil menyokong usaha keusahawanan di kalangan wanita.
03 Oktober 2024 - Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak(DUBS) dengan Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei (PPPMB) telah berlangsung pada 03 Oktober 2024 bertempat di Pavo Point, Kinaggeh, Bandar Seri Begawan. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Halmi Bin Ikhwan, Presiden DUBS bersama YBrs. Dr. Haji Abdul Latif Bin Haji Awang Chuchu, bagi pihak PPPMB serta disaksikan oleh Y.A.B. Datuk Patinggi Abang Zohari, Premier Sarawak dan Timbalan Premier Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.
Semalam 27 Jun 2024, telah berlangsung Program Transformasi Minda i-Sukses Keusahawanan DUBS 2024 Anjuran Jawatankuasa Latihan & Pembangunan Sumber Manusia DUBS Negeri dengan kerjasama Dubs Cwg Lawas di Dewan Sari Seri Malaysia Hotel, Lawas yg dihadiri 100 orang Usahawan Bumiputera terdiri daripada Ahli dan bakal Ahli DUBS Cwg Lawas.




