MESYUARAT PERHIMPUNAN PERWAKILAN KE - 23 SESI 2024 - 2027 : DATU HJ ABANG HALMI BIN IKHWAN DILANTIK SEBAGAI PRESIDEN DUBS
MIRI, 7 Ogos 2024 – Mesyuarat Perhimpunan Perwakilan Tahun ke-23 bagi sesi 2024-2027 telah diadakan di Imperial Hotel, Miri pada 6 hingga 7 Ogos 2024. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa jawatan penting telah diisi melalui pemilihan perwakilan.
Datu Hj Abang Halmi bin Ikhwan telah dipilih semula sebagai Presiden, manakala Haji Halim bin Muhamad dipilih sebagai Timbalan Presiden. Tiga jawatan Naib Presiden telah diisi oleh Roselyn Long Lah, Gabriel Kajeh Menggu dan Dr. Sulaiman bin Sahari
Selain itu, 8 orang ahli telah dipilih untuk mengisi jawatan dalam Majlis Eksekutif Dewan. Mereka adalah:
1. Mohamad Halmie bin Herun ( Limbang )
2. Awgku Jinal Abedin Pengiran Haji Jawa ( Lawas )
3. Awangku Hafizi Bin Awg Azahari (Sri Aman )
4. Haryadi Bin Hamdan ( Sibu )
5. Khairuddin Azizi Bin Mohamad ( Miri )
6. Marinzulwati Bt Hj Julai ( Kota Samarahan )
7. Suderman Bin Narayan ( Kuching )
8. Alhadi Bin Mat ( Bintulu )
Pemilihan ini menunjukkan sokongan kuat daripada perwakilan terhadap calon-calon yang dipilih, dan diharapkan mereka akan membawa perubahan positif dalam sesi kepimpinan yang baru.