MARUDI BUBUR GAWAI RAYA 2019

22 Mei 2019, DUBS Cawangan Marudi kerjasama Jabatan Bomba dan Jabatan Pertanian Marudi telah mengadakan program Pengagihan Bubur Lambuk Gawai Raya 2019. Program ini dijalankan secara gotong  royong dan selepas program pengagihan majlis berbuka puasa bersama pihak Bomba dan Jabatan Pertanian Marudi. ini merupakan  progam kedua DUBS Cawangan Marudi   

kuching 2

DUBS Cawangan Kuching btelah mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan Jawatankuasa  sesi 2019 - 2022. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS.

Pada sesi tersebut jawatan yang dipertandingkan ialah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa, setelah sesi pemilihan dijalankan berikut adalah keputusan untuk Jawatan Pengerusi, 2 calon yang bertanding iaitu Drahman Bin Jaladin- 32 undi, Zaiton Isthiar Khan - 26 undi, untuk jawatan Timbalan Pengerusi, 2 calon iaitu Dr Mohamad Trudin Bin Yassin - 28 undi, Zainal Abidin Zainuddin - 31 undi, untuk jawatan Naib Pengerusi 2 calon yang bertanding iaitu Norjanah Binti Ahmad - 34 undi , Zaiton Isthiar Khan -  25 undi dan untuk jawatankuasa Ahli Jawatankuasa 1. Suderman Nerayan - 43 undi, 2. Abdillah Bin Dolhan - 41 undi, 3. Ali Aziz Bin Salleh - 40 undi, 4. Awaeng Anak Kwasin - 37 undi, 5. Normawatie Binti Hamden - 29 Undi, 6. Usun Steward Ngau - 28 undi, 7. Zainuddin Akup - 28 undi dan 8. Rambli Maradin - 23 undi.

Berikut adalah senarai yang dipilih untuk Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Kuching sesi 2019 - 2022, Pengerusi Drahman  Jeladin, Timbalan Pengerusi - Zainal Abidin Zainuddin , Naib Pengerusi - Norjanah Binti Ahmad, Ahli Jawatankuasa - Suderman Nerayan, Abdillah Bin Dolhan, AliAziz Bin Salleh, Awaeng Anak Kwasin dan Normawatie Binti Jamden.   

kunjungan hormat YAB KM

Kuching - 22/2/2019,  Jawatankuasa Program Seminar Oil & Gas telah mengadakan kunjungan hormat kepada, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberi penerangan tentang Pengelolaan Seminar Oil & Gas dan seterusnya menjemput YAB Ketua Menteri selaku tetamu kehormat untuk merasmikan dan menyampaikan ucapan penutupan seminar yang akan diadakan pada 13 sehingga 14 April 2019.

 

Seminar ini dikelolakan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dengan kerjasama Malaysia Oil & Gas Services Council (MOGSC) dan SPG. Dijangka seramai 300 peserta akan menghadiri seminar tersebut. Antara yang terlibat didalam seminar tersebut adalah PETRONAS yang mana akan membentang kertas kerja mengenai strategi dan polisi PETRONAS untuk membangunkan didalam penyertaan Bumiputera dan penglibatan dari anak tempatan. Selain daripada itu Syarikat SERBA DYNAMIC SDN BHD akan berkongsi pengalaman pengilatan mereka didalam sektor Industri minyak.

 

Selain program seminar, pameran mengenai penglibatan syarikat tempatan yang berjaya akan diadakan sepanjang Dua (2) hari program.

 

YAB Ketua Menteti Sarawak akan melakukan majlis penutupan dan seterusnya hasil dari resolusi seminar tersebut akan diserahkan kepada YAB Ketua Menteri.

 

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ibu Pejabat DUBS, Pusat Khidmat DUBS, Sublot 4 – 12 & 13, 3rd Floor , DUBS Commercial Centre, Lot 376, Section 54, Jalan Petanak, 93100 Kuching, Sarawak. Malaysia. Tel : 082 – 233133, 247166. Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Download Borang Penyertaan

Screenshot 20190423 130754

MIRI: Sebanyak Tujuh resolusi yang diperolehi semasa Seminar dan Pameran Minyak dan Gas Sarawak (SOGSE) 2019 dengan tema 'Now or Never' diserahkan kepada Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin  Tun Datuk Abang Haji Openg untuk dipertimbang dan dibentangkan di kabinet. 

Resolusi berkenaan diserahkan oleh Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Datu Hai Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, sempena perasmian SOGSE 2019 oleh YAB Ketua Menteri, di sebuah hotel terkemuka di sini. 

Datu Abang Haji Helmi berkata tindakan Kerajaan Sarawak untuk melaksanakan haknya terhadap sumber-sumber Petroleum sangat difahami dengan baik oleh semua rakyat negeri ini dengan orang ramai mempunyai pelbagai idea dan pandangan, tentang bagaimana ia boleh membantu memakmurkan rakyat dan negeri ini. 

Begitu juga dengan para peserta 'SOGSE 2019 - Now or Never' kali ini, yang tampil dengan tujuh resolusi, yang menyokong Kerajaan Negeri sekali gus membantu ke arah memakmurkan rakyat dan negeri ini. 

Tujuh resolusi yang diserahkan kepada ketua menteri itu ialah: 

1. Menyokong usaha Kerajaan Sarawak untuk menegaskan kembali hak pemilikan dan kawalan sumber minyak dan gas Sarawak melalui Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958, selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

2. Menyokong keinginan Kerajaan Sarawak untuk melibatkan diri dengan Kerajaan Persekutuan ke arah mendapatkan formula yang saling bersesuaian sambil berusaha ke arah resolusi mengenai isu-isu kesahihan supaya tidak mengganggu kemajuan dan pembangunan industri dan perniagaan minyak dan gas Sarawak.

3. Untuk memastikan pembangunan sumber minyak dan gas Sarawak yang mampan, selamat dan terjangkau menerusi pelan induk minyak dan gas Sarawak yang komprehensif, meliputi rantaian nilai minyak dan gas, termasuk mempertimbangkan penubuhan dana kekayaan minyak dan gas yang berdaulat untuk faedah generasi rakyat Sarawak pada masa depan.

4. Menyeru Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan Lembaga Pengurusan Mineral Sarawak (SMMA)  bagi memantau, mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang Sarawak yang sedia ada dan merangka undang-undang dan peraturan baru yang berkaitan dengan semua operasi minyak dan gas di Sarawak dengan tujuan meningkatkan prospektiviti memperoleh, melabur, membangun dan menghasilkan aset minyak dan gas Sarawak.

5. Menyeru untuk penubuhan Majlis Perundingan Petroleum Sarawak yang terdiri daripada spektrum pemegang berkepentingan terutamanya dari industri minyak dan gas dengan kerjasama kerajaan dalam memastikan penciptaan nilai maksimum, pengurusan yang berkesan dan pulangan yang bermakna dari semua aktiviti minyak dan gas dan perkara yang memberi kesan kepada Sarawak.

6. Meminta Kerajaan Sarawak untuk segera mewujudkan asas dan dasar kandungan tempatan dari segi nilai bagi semua kontrak minyak dan gas yang diberikan di Sarawak yang diperuntukan kepada penduduk asal Sarawak dan memberi keutamaan pekerjaan untuk sumber manusia tempatan serta penggunaan vendor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas Sarawak (SOGSE).

7. Untuk menggalakkan inisiatif inovasi yang menyokong pembangunan industri minyak dan gas Sarawak di masa depan dengan menubuhkan Pusat Inovasi Minyak dan Gas Sarawak (SOGIC) di Miri seperti yang dihasratkan di dalam SOGSE 2019.

Di majlis yang sama juga, turut diadakan pertukaran dokumen bagi rangka kerja kerangka penubuhan Pusat Inovasi Minyak dan Gas Sarawak (SOGIC) yang melibatkan empat ahli, mewakili syarikat dan institusi terbabit dalam penubuhan SOGIC iaitu Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Serba Dinamik Holdings Berhad, Datuk Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah; Pengarah Urusan DUBS Holdings Sdn Bhd, Osaha Suhaili; Presiden Suarah Petroleum Group (SPG), Ir. Jamel Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Naib Pro Canselor Universiti Curtin, Kampus Malaysia, Profesor Jim Mienczakowski. 

MESYUARAT MED

15 Januari 2019- Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif Dewan (MED) telah diadakan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Srim Ikhwan, Presiden DUBS. Turut hadir ialah Pengerusi DUBS Cawangan. Pada mesyuarat tersebut beberapa perkara akan diambil tindakan yang melibatkan berkaitan ahli 

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.