UCAPAN DATU ABG HELMI

Sambutan Hari Raya dan Gawai telah sampai ke penghujungnya dan kami sangat bertuah dapat meraikan bersama sama dengan ahli DUBS dari pelbagai bahagian, rakan niaga dan agensi kerajaan. Sokongan dan dorongan ini memberikan kami semangat untuk bekerja dengan lebih baik dan berkesan dalam membangunkan ekosistem keusahawanan di Sarawak. 

Saya kira tidaklah salah bagi saya untuk mengucapkan sekali lagi syabas dan tahniah kepada pemerintahan kerajaan baru Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakyat Malaysia telah memilih dan sebagai negara yang mengamalkan amalan demokratik kita berbangga ia berjalan dengan aman dan tenteram. 

Malaysia Baru ini diharap dapat memberikan perubahan kepada landskap ekonomi negara yang lebih baik. Kita berikan masa kepada kepimpinan kerajaan baru untuk merangka hala tuju negara. 

Besarlah harapan KAMI para usahawan di DEWAN USAHAWAN BUMIPUTERA SARAWAK atau DUBS yang mempunyai keahlian seramai lebih 3000 ahli dari Kuching hinggalah ke Lawas yang terdiri dari pelbagai kluster perniagaan baik dari khidmat kontraktor, kecantikan, pemaju perumahan, perhotelan, pembuatan dan penjualan makanan dan minumandapat bekerjasama dengan lebih baik dan erat. 

Kami berharap usahawan dan  kontraktor bumiputera akan terus diperkasa dalam hala tuju pembangunan negara. Pengagihan kerja untuk bumiputera Sarawak haruslah dipandang dan diambil berat. Kami juga kontraktor yang berdaya saing dan mempunyai kepakaran dan kebolehan membangunkan apa sahaja projek didalam kemampuan kami. 

Dalam pameran Hartanah SHEDA baru baru ini kita melihat penyertaan penglibatan kontraktor atau pemaju semakin bertambah dan ahli DUBS yang turut serta juga mampu memberikan kualiti yang setanding atau malah lebih baik. Tidak juga kita ingin melupakan contoh syarikat Serba DINAMIK Berhad, ahli DUBS Bintulu dan juga yang di Miri yang semakin agresif dan menempa nama di persada antarabangsa

Kami berharap agar lebih diberikan peluang dan booster dalam pelbagai suntikan dana, cara, polisi, kemudahan agar kami dapat meningkatkan kapasiti untuk lebih berdaya saing. 

Kami juga ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri atas penubuhan Gagasan Parti Sarawak GPS yang terdiri dari 4 parti komponen utama negeri. Penubuhan gagasan ini dilihat sangat sesuai dengan masanya untuk membuktikan parti politik di Sarawak sebagai parti politik matang, mampu diharap dan tidak terikut-ikut dengan arahan orang luar. 

Kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi  Abang Zohari Tun Openg dilihat ikhlas membangunkan Sarawak dan meneruskan legasi Tun Taib Mahmud dan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Sokongan tidak berbelah akan kami berikan kepada kepimpinan KM dan pasukannya dalam pilihanraya akan datang. 

Besarlah harapan saya agar DUBS dipandang tinggi dan menjadi organisasi yang dilibatkan secara aktif dalam merangka pembangunan usahawan dan kontraktor Sarawak sama ada di peringkat penubuhan, penggubalan polisi atau juga input dalam merangka ekonomi negeri. 

Kontraktor dan usahawan dari kalangan ahli DUBS mengalu alukan  pendekatan yang lebih praktik, proaktif dan inklusif dalam pembiayaan bagi menjalankan projek utama dan memohon diberikan keutamaan untuk kerja kerja dalam negeri Sarawak. 

Besarlah juga harapan saya pada hari yang berbahagia ini kita dapat bersatu padu dan menyemai semangat ke bersamaan sesama kita. 

Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin jika ada sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata serta tindak tanduk yang mungkin mengguris hati tn/pn semua. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

GAWAI RAYA DUBS 2018 1

Kuching - 13 Julai 2018 - Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) telah mengadakan Majlis Sambutan Gawai Raya 2018. Majlis telah diadakan di Merdeka Palace Hotel & Suites. Sebanyak 250 orang jemputan yang hadir yang terdiri dari bekas Presiden DUBS sesi-sesi yang lepas dan juga ahli jawatankuasa serta bekas staff DUBS.

Antara bekas presiden DUBS yang lepas yang hadir ialah YBhg Datuk Haji Abang Abdul Karim Tun Abang Haji Openg, Tuan Haji Mahmud Mohd Noor. YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir serta berterima kasih diatas kehadiran mereka.  

35077356 1589844684459788 8875625057636843520 n

Kota Samarahan - 9 Jun 2018 , DUBS Kota Samarahan telah menganjurkan program berbuka puasa bersama warga DUBS Samarahan. program berbuka puasa ini telah diadakan di tapak Uptown Samarahan, program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari pengunjung uptown dan peniaga uptown Samarahan

tunas bakti 2018

Kuching - Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) telah mengadakan majlis Bebuuka Puasa dan penyerahan sumbangan kepada pelatih Sekolah Tunas Bakti. Seramai 150 orang pelatih telah menerima sumbangan dari DUBS. Majlis penyerahan  telah dilakukan oleh YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS.

Sebelum penyerahan dilakukan, solat berjemaah Maghrib telah diadakan dan selesai sahaja program penyerahan, solat berjemaah Isyak dan Terawih diadakan.

  

 

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.