PENCAPAIAN DEWAN

Dengan seramai kira ada 2000 ahli, Dewan telah memainkan peranannya dengan berkesan dalam memajukan perdagangan dan perusahaan Bumiputera di Sarawak. Bidang-bidang utama yang sedang aktif dilaksanakan ialah:
Menganjurkan kursus-kursus untuk ahli-ahli dan peniaga-peniaga Bumiputera amnya.
Membantu kontraktor-kontraktor Bumiputera dalam mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan, dan sebagainya.
Menganjurkan Expo diseluruh Negeri bagi memudahkan peniaga Bumiputera memasarkan produk-produk mereka.

Sebagai sebuah Dewan yang berwibawa, DUBS menerajui Gabungan Usahawan Bumiputera Sarawak (GUBS). Disini DUBS berserta persatuan-persatuan Bumiputera yang lain bergabung tenaga dalam memberi sumbangan yang berfaedah dalam proses penentuan dasar-dasar Kerajaan yang menyentuh kepentingan peniaga-peniaga Bumiputera. Ini telah dilaksanakan dengan mengadakan dialog-dialog dan menyampaikan memorandum kepada menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan.

Selain itu, Dewan juga telah menubuhkan syarikat subsidiari iaitu syarikat DUBS Holdings Sdn Bhd yang telah berjaya melaksanakan beberapa kontrak besar yang diagihkan oleh Kerajaan. Setakat ini DUBS Holdings Sdn Bhd telah menyiapkan kontrak berjumlah RM95 juta. Pembinaan Wisma DUBS juga dijangka siap sebelum hujung 2006, dan terletak di kawasan Padungan, Kuching. DUBS memiliki 8 unit ruang komersial dan ruang pejabat yang boleh dimanfaatkan oleh ahli-ahli