Datu Haji Abang Helmi

Selamat berjumpa kembali dalam laman web baru DUBS ini yang mengganti laman web sebelumnya yang wujud sejak tahun 2006. Memandangkan kemajuan teknology ICT yang berkembang pesat sejak sepuluh tahun yang lepas, maka DUBS berasa perlu mengemaskini laman web kita dengan wajah baru yang memuatkan ciri-ciri terkini.
Laman Web baru ini memaparkan ciri-ciri yang lebih mudah dilayari dengan grafik yang lebih menarik serta memuatkan pautan-pautan ke banyak laman web yang berkaitan bagi memudahkan ahli-ahli melayari mencari maklumat perniagaan. Dengan ini anda boleh mendapat maklumat terkini tentang panduan perniagaan dengan lebih mudah.
Disamping itu DUBS Pusat dan cawangan-cawangan boleh memaparkan aktiviti masing serta gambar-gambarnya untuk makluman mereka dan seluruh ahli yang ingin tahu. Sudah pasti ini akan meningkatkan semangat kekitaan, networking dan kerjasama dikalangan ahli di seluruh Sarawak.
Ahli-ahli juga boleh dan digalakkan untuk menggunakan seksyen khas untuk mengiklan syarikat dan perkhidmatan yang mereka bekalkan.

Satu perkidmatan yang akan disediakan ialah notis atau maklumat tender yang boleh membantu ahli yang giat dalam kerja tender maupun dalam tender kerajaan, GLC atau swasta.
Dengan ini saya mengalu-alukan semua ahli melayari laman web DUBS ini dengan nasihat semoga gigih berjuang dalam bidang perniagaan dan iringan doa semoga maju jaya dalam setiap perniagaan yang diusahakan.

Sekian, terima kasih

wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Datu Haji Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan
Presiden, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak

Datu Haji Abang Helmi bin Tan Sri Ikhwan Personal BLOG

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.