Profil DUBS

PENDAHULUAN

DUBS telah ditubuhkan pada 21 Januari 1986 mengikut Seksyen 7(1) Akta Pertubuhan 1966 Malaysia.
Ia berjuang untuk menyatupadukan peniaga dan pengusaha Bumiputera untuk kepentingan dan
faedah Ekonomi Bumiptera Sarawak.

TUJUAN

Tujuan-tujuan utama Dewan ditubuhkan adalah seperti berikut:

Mempertingkatkan profesionalisme di kalangan eksekutif-eksekutif Bumiputera dalam syarikat-syarikat swasta termasuk syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak atau Malaysia.
Menyatupadukan eksekutif-eksekutif, peniaga-peniaga, pengusaha-pengusaha dan ahli-ahli ikhtisas Bumiputera untuk kepentingan dan faedah ekonomi orang Bumiputera.
Mewujudkan satu platform komunikasi dan kerjasama usahawan Bumiputera di peringkat negeri untuk kepentingan atau faedah orang-orang Bumiputera di lapangan perniagaan dan perusahaan.
Membantu dan mewakili ahli-ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, jualan dan lain-lain sama ada di dalam atau di luar negeri Sarawak.
Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan badan-badan atau persatuan-persatuan yang lain yang mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Dewan.

AHLI

Keahlian Dewan terbahagi kepada ahli-ahli biasa, ahli-ahli Bersekutu dan ahli bergabung.

Diantara ahli-ahli biasa adalah terdiri daripada yang berikut:
Eksekutif-eksekutif Bumiputera yang memegang jawatan dalam syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak atau Malaysia.
Orang Bumiputera yang menjalankan perniagaan atau perusahaan di negeri Sarawak yang dilesenkan oleh Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa di Sarawak.
Orang Bumiputera yang mengamalkan sesuatu bidang professional yang dilesenkan atau didaftarkan mengikut undang-undang bagi profesion berkenaan.
Syarikat perniagaan dan Perusahaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh Bumiputera.

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.