Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Bintulu yang diketuai oleh Haji Kadier Sahib menghadiri taklimat dari Ketua SMO Petronas Bintulu.

3 Julai 2015 - Bintulu. Ketua SMSO ( Shared Material & Services Organisation ) Petronas , Encik Simon Liang Imang telah memberi taklimat peranan SMSO kepada Ahli Jawatankuasa DUBS Cawangan Bintulu. Tuan Haji Kadier Sahib mengetuai deligasi dari DUBS Cawangan Bintulu pasa sesi tersebut yang berlangsung di Pejabat Petronas Bintulu.

SMSO adalah sebuah bahagian yang penting yang berperanan untuk memilih kontraktor untuk menyertai tender. Sesi perjumpaan ini amat penting untuk DUBS Cawangan Bintulu supaya DUBS Bintulu dapat mengetahui peluang-peluang yang dapat terlibat.