13501932 926584290785834 440015523413576995 nKuching - 20 Jun 2016, DUBS telah mengadakan majlis berbuka puasa " MAJLIS IFTA DUBS ". pada majlis tersebut DUBS telah menyerah sumbangan berupa barangan keperluan kepada pelajar Sekolah Tunas Bakti.

Selain daripada majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan, Solat Maghrib, Isyak dan terawih  telah diadakan bersama - sama ahli MED, tetamu jemputan  dan pelajar sekolah.

Majlis telah dihadiri oleh YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusop, Menteri Kerja Raya Malaysia yang mewakili YAB Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Abang Abdul Rahman Zohari B. Tun Abang Haji Openg. Turut hadir ialah YB Puan Sharifah Hashidah Syed Aman Ghazali, YB Encik Fazarudin Abdul Rahman.

Pada majlis tersebut YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusop, mengucapkan syabas dan tahniah kepada DUBS kerana dapat mengadakan majlis seperti ini. dengan ada nya sumbangan tersebut ianya dapat membantu pelajar membeli barangan keperluan mereka untuk hari raya.

Untuk DUBS beliau berasa bangga kerena DUBS tidak lupa tanggungjawab mereka untuk membantu meraka yang memerlukan.