IMG 20161219 WA0027

18 Disember 2016 - Miri, DUBS Cawangan Miri telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke - 30 DUBS Cawangan Miri. Pada majlis tersebut, YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusop, Menteri Kerja Raya Malaysia telah hadir selaku tetamu kehormat seterusnya merasmikan majlis makan malam.

Pada majlis tersebut, beliau telah berucap dan memberi tahu bahawa para kontraktor Bumiputera diseru supaya menggunakan perluang sepenuhnya untuk mengambil bahagian didalam pembinaan projek mega Pan Borneo Sarawak.

Beliau juga berkata, setiap kontraktor sememangnya mempunyai perluang dengan syarat mereka layak telah berdaftar dengan pihak Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU). Beliau juga menambah, hanya kontraktor yang berjaya  ditapis layak akan ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam projek pembinaan LBU, samada melalui proses undian atau secara sebutharga. 

Dalam pada itu beliau bersetuju agar DUBS menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)  untuk menganjurkan kursus yang boleh memberi ruang dan perluang Bumiputera yang terlibat dalam projek kerajaan.