resize 1

26 Februari 2020 - Miri, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada ahli @ usahawan DUBS Miri yang telah dipilih untuk berniaga di WIRELESS WALK Miri. Majlis perasmian Kios Wireless Walk telah dilakukan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

 

 

Pada Majlis perasmian tersebut YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS, Roselyn Lah, Naib Presiden DUBS, Jenzamine Dior, Setiausaha Agung DUBS, Haji Osaha Suhaili, Bendahari Agung DUBS, Sarbini Abang, Setiausaha Eksekutif DUBS, Mujan Lah, Pengerusi DUBS Marudi telah hadir ke majlis perasmian tersebut. DUBS Cawangan Miri  terlibat di majlis Perasmian sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian membantu penganjur iaitu Pejabat Residen Miri.

resize 2     resize 3