dubs samarahan
 
Hari ini 15 April 2020 Rabu jam 2.00 petang. Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Kota Samarahan telah membuat sumbangan bagi membantu dan meringankan bebanan lebih 116 orang Peniaga Uptown dan Exco Uptown terlibat setelah lebih sebulan tidak berniaga dimana operasi berniaga di tapak Uptown setiap Jumaat dan Sabtu terpaksa di tutup setelah Perintah Kawalan Pergerakan PKP di laksanakan pada 18 mac 2020 hingga di sambung pada 28 April 2020.
 
Tuan Ir Haji Ismawi Mohamad Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Cawangan Samarahan turut sama bagi menyampaikan sumbangan berkata setelah membuat perbincangan melalui grup Pengurusan Uptown bersetuju mengagihkan sumbangan barang keperluan harian seperti Beras, minyak masak, telur, gula dan tepung gandum bagi meringankan sedikit para Usahawan yg berniaga di Uptown. Rata-rata yg menerima sumbangan tersebut rasa terharu dan mengucapkan berbanyak terima kasih kpd Pengurusan Uptown yg di kendalikan oleh DUBS cawangan Samarahan.
 
Terbukti di bawah Pengurusan DUBS cawangan Samarahan selain aktiviti tahunan seperti sumbangan bantuan anakĀ² ahli Dubs cawangan Samarahan Program Back to School dan gunting rambut Percuma mendapat sambutan di kalangan ahli DUBS Cawangan Samarahan. DUBS Cawangan Samarahan mempunyai lebih 500 orang ahli berdaftar.
 
Tuan Ir Haji Ismawi Mohamad turut mengucapkan berbanyak terima kasih kpd Pengurusan Uptown yang di pengerusikan oleh En Saidi Rasemi serta Jawatankuasa yg bertungkus lumus bagi mengurus sumbangan berjalan dengan lancar. Turut hadir En Azman Salleh Naib Pengerusi, En Mazlan Ramlee Ketua Kebajikan, Puan Dyg Noorshila Abg Ideris Ketua Dewanita, dan semua Exco DUBS dan Pengurusan Uptown terlibat. Program  telah  berakhir jam pukul 4.30 petang.