29 Jun 2015 - Asajaya, Kota Samarahan -Sebanyak 70 orang kurang berkemampuan dari Kampung Sebandi Matang telah menerima sumbangan barangan keperluan hari raya daripada Dewanita.

Majlis penyampaian dilakukan oleh YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN N14 Asajaya. Beliau berterima kasih kepada Dewanita kerana sekali lagi memilih kawasan beliau untuk program Ihsan Ramadhan Raya.Dewanita sering kali mengadakan program Ihsan Ramadhan di kawasan Asajaya memandangkan kawasan ini masih terdapat masyarakat yang kurang berkemampuan dan memerlukan pertolongan.

YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau berharap agar program Ihsan Ramadhan yang diusahakan oleh Dewanita dapat  diteruskan dan beliau amat menyokong daya usaha seperti.

Puan Hajah Juita Haji Drap, Ketua Dewanita DUBS hadir sama ker program tersebut bersama - sama ahli jawatankuasa Dewanita,  Setiausaha Eksekutif DUBS, Sarbini Haji Abang dan Kr Haji Sepawi Samat, Penyelaras program Ihsan Ramadhan Kampung sebandi Matang

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.