6 Ogos 2015 – Kuching, Jabatan Ketua Menteri  ( Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal ) dengan kerjasama  Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak ( DUBS ), TERAJU dan Idris Ibrahim & Co Group of Companies ( IIG ), sebuah firma Juruaudit tempatan yang bertauliah akan menganjurkan ANUGERAH  USAHAWAN BUMIPUTERA SARAWAK 2015.

Objektif penganjuran adalah untuk  :-

1. Untuk menggalakkan usaha melahirkan usahawan bumiputera yang berjaya. 

2. Untuk mengiktiraf usahawan – usahawan bumiputera yang cemerlang melalui ciri

    Keusahawanan jati, kreatif, inovatif, komited dan menyumbang kepada pertumbuhan

    ekonomi Negeri Sarawak.

3. Untuk mengenalpasti dan mengiktiraf usahawan bumiputera yang benar – benar

    cemerlang yang boleh dijadikan model dan tanda aras oleh usahawan – usahawan

    bumiputera yang lain.

Tujuan anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan usahawan – usahawan Bumiputera di Sarawak yang cemerlang yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sarawak.

Kategori Anugerah ialah :-

1. Anugerah Usahawan Bumiputera Cemerlang

2. Anugerah Usahawan Wanita

3. Anugerah Usahawan Berjaya, antaranya ialah –

    3.1. Kategori / Sektor – Pembinaan / Pembangunan Hartanah.

    3.2. Kategori / Sektor – IKS / PKS – Pengilangan.

    3.3. Kategori / Sektor – Agro / Aqua / Bio

    3.4. Kategori / Sektor – Perkhidmatan – Perlancongan, Pengangkutan, Profesional,

                                               Makanan.

4. Anugerah Usahawan Harapan ( Emerging Entrepreneurs )

Sidang akhbar dilakukan oleh YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Pejabat Ketua Menteri ( Unit Pembangunan Usahawan ). Hadir sama ialah YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS  dan ahli – ahli MED.

Pada sidang akhbar tersebut juga, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais memberitahu anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem. Beliau juga memberitahu pemenang anugerah ini akan mewakili usahawan bumiputera ke peringkat Anugerah Usahawan Negeri Sarawak ( Sarawak State Entreprenuer Of The Year Award )  dan mana-mana anugerah keusahawan. di peringkat nasional dan antarabangsa . ini merupakan tahun ketiga penganjuran Anugerah Usahawan Bumiputera.

Untuk maklumat lanjut dan borang pencalonan, sila hubungi Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal, Encik Dzulkornain Bin Masron, Cik Lydia Lidina Bandi – Tel : 082 313745 / 441784 atau Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) – Encik sarbini Haji Abang, Puan Nensy Sujal, Azmi Hipni dan Mastika Samat – Tel :082 233133 / 247166. Borang pencalonan boleh didapati pada 10 Ogos 2015 dan tarikh akhir menghantar borang pencalonan ialah pada 9 September 2015. Untuk penilaian calon ialah pada 10 September 2015 sehingga 1 Oktober 2015.

Download Borang Penyertaan Di Ruangan Muat Turun atau KLIK SINI

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.