AUBS 2017 2

Rabu, 8 November 2017, Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak telah mengadakan majlis Angerah Usahawan Bumiputera Sarawak ( AUBS 2017 ). Penganugerahan  ini adalah pengiktirafan tertinggi kepada ahli Usahawan Bumiputera yang terlibat di dalam perniagaan.

Anugerah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak merngkap Penasihat DUBS. Hadir sama ke majlis tersebut ialah YB Datuk Amar Haji Awang ,Tengah Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak. YB Datuk Haji Talip Zulpili, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais dan YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri Ikhwan, Presiden DUBS.

Pemenang anugerah pada majlis tersebut ialah Puan Rheineld @ Minor Anak Payau ( Untang Jaya Sdn Bhd ) kategori Anugerah Usahawan Bumiputera Cemerlang. Ar Safri Bin Mohammad (PU Architects Sdn Bhd, Anugerah Usahawan Berjaya Kategori Perkhidmatan Profesional. Haji Daud Bin Haji Mohamed (Maysville Sdn Bhd), Anugerah Usahawan Berjaya Kategori Perkhidmatan Gas dan Minyak. Puan Hajah Masnah Binti Haji Sahani (Thiha Dhuha Ent. (Mira Cake House). Anugerah Usahawan Berjaya Kategori Pengilangan. Puan A’Isyah Binti Othman (An – Nashr Resources) , Anugerah Usahawan Berjaya Kategori Pembinaan. Puan Nur Rahmah Ranong Abdullah @ Ranong Peru ( Ran & Nong Creations), Anugerah Usahawan Berjaya Kategori E – Commerce. Ali Azis  Bin Salleh ( Techno Analysis  Sdn Bhd, Anugerah Usahawan Harapan Kategori Lelaki dan Shirley Hasmani Binti Eddie ( Rafflesia Spa Sdn Bhd ) Anugerah Usahawan Harapan Kategori Wanita.

Pada majlis tersebut penyerahan gran Dana Mudah Cara dan TERAS telah disampaikan kepada 15 buah syarikat yang Berjaya.

YBhg Datu Haji Abang Helmi Tan Sri IKhwan, Presiden DUBS bagi pihak DUBS telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 25,000.00 kepada badan kebajikan Persatuan Kebajikan Petra Jaya yang dipengerusikn oleh YBhg Datin Patinggi Hajah Jumaani Tku Haji Bujang, isteri kepada YAB Ketua Menteri.

ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.