kunjungan hormat YAB KM

Kuching - 22/2/2019,  Jawatankuasa Program Seminar Oil & Gas telah mengadakan kunjungan hormat kepada, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak. Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk memberi penerangan tentang Pengelolaan Seminar Oil & Gas dan seterusnya menjemput YAB Ketua Menteri selaku tetamu kehormat untuk merasmikan dan menyampaikan ucapan penutupan seminar yang akan diadakan pada 13 sehingga 14 April 2019.

 

Seminar ini dikelolakan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dengan kerjasama Malaysia Oil & Gas Services Council (MOGSC) dan SPG. Dijangka seramai 300 peserta akan menghadiri seminar tersebut. Antara yang terlibat didalam seminar tersebut adalah PETRONAS yang mana akan membentang kertas kerja mengenai strategi dan polisi PETRONAS untuk membangunkan didalam penyertaan Bumiputera dan penglibatan dari anak tempatan. Selain daripada itu Syarikat SERBA DYNAMIC SDN BHD akan berkongsi pengalaman pengilatan mereka didalam sektor Industri minyak.

 

Selain program seminar, pameran mengenai penglibatan syarikat tempatan yang berjaya akan diadakan sepanjang Dua (2) hari program.

 

YAB Ketua Menteti Sarawak akan melakukan majlis penutupan dan seterusnya hasil dari resolusi seminar tersebut akan diserahkan kepada YAB Ketua Menteri.

 

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut sila hubungi Ibu Pejabat DUBS, Pusat Khidmat DUBS, Sublot 4 – 12 & 13, 3rd Floor , DUBS Commercial Centre, Lot 376, Section 54, Jalan Petanak, 93100 Kuching, Sarawak. Malaysia. Tel : 082 – 233133, 247166. Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Download Borang Penyertaan


ahli

Keahlian

Anda boleh memohon secara online.

foto

Galeri Foto

Layari koleksi foto aktiviti DUBS.

video

Galeri Video

Himpunan video-video DUBS.

download

Download

Muat turun dokumen berkaitan.